Saturday, April 26, 2008

gerakan pemisahan berdasarkan etnik

PENGENALAN

Fenomena masyarakat berbilang bangsa seringkali berlaku di negara-negara sedang membangun. Keadaan ini secara tidak lansung menimbulkan perasaan perkauman antara etnik. Walaupun sesebuah negara itu sudah mencapai kemerdekaan dan dalam proses membina negaranya, negara tersebut masih perlu berhadapan dengan masalah untuk membina bangsa bagi negaranya.

Istilah etnik berasal dari perkataan Yunani iaitu ”etnos” bermaksud orang. Etnik dalam bidang sosiologi pula membawa maksud sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dan menganggap dirinya sama dengan anggota yang lain dari segi budaya, agama, bahasa dan nilai hidup. Perasaan yang menganggap kumpulan etniknya berbeza dengan etnik yang lain dikenali sebagai etnisiti. Keadaan etnisiti ini berpunca dari faktor sosio-budaya yang berbeza-beza antara etnik.

Manakala gerakan pemisahan pula merujuk kepada pergerakan sekelompok masyarakat yang menuntut agar diberi hak untuk mengadakan pemerintahan sendiri. Samada gerakan ini bertujuan menuntut pemerintahan sendiri kerana beranggapan mereka dianak tirkan oleh pemerinth pusat ataupun menuntut hak yang lebih luas dalam aspek-aspek tertentu. Tindakan pemisahan ini bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah politik dunia, malah ianya telah banyak meninggalkan kesan pada hari ini. Sebagai contoh di dunia Eropah juga telah berlaku seperti keruntuhan pemerintahan Austria-Hunggari, perpecahan antara Belgium dan Holland, Sepanyol dan Portugis, serta perpecahan Norway dan Sweeden. Perpecahan dan pemisahan ini juga telah banyak menimbulkan implikasi di Republik Amerika Latin. Keadaan ini juga sama dihadapi negara Kongo selepas mencapai kemerdekaan. Di Asia pula, gerakan pemisahan telah berlaku seperti kes di Myammar, pemberontakan orang Ambon di Indonesia, orang Naga di timur India, serta penentangan orang Tibet terhadap pemerintahan Komunis China.

BENTUK-BENTUK GERAKAN PEMISAHAN

Gerakan pemisahan etnik yang seringkali berlaku di negara sedang membangun mempunyai pola yang berbeza-beza mengikut negara dan juga kebudayaan etnik tersebut. Keadaaan ini menimbulkan polemik antara kes-kes yang terjadi disuatu negara berbanding negara yang lain. Pemisahan ini boleh wujud dalam pelbagai medium keranA ia bergantung kepada keadaaan setempat dan kerumitan kes yang menjadi penyebab kepada kes tersebut. Namun apa yang jelas, apabila timbul suatu perbezaan layanan kerajaan antara etnik, desakan untuk melakukan gerakan pemisahan akan mudah terjadi.

Daripada kes-kes yang biasa berlaku, didapati bahawa terdapat beberapa bentuk corak gerakan pemisahan yang berlaku di negara sedang membangun. Jenis yang pertama adalah gerakan pemisahan akan berlaku apabila terdapat kelompok yang enggan tunduk kepada pemerintahan pusat (Mehden1959: 43). Jenis yang kedua adalah gerakan pemisahan betujuan samada menuntut pemerintahan sendiri ataupun menghalau pnjajahan sepertimana berlaku di Acheh dan Palestin. Manakala yang ketiga adalah gerakan pemisahan kerana perasaan tidak puas hati terhadap kedudukan mereka yang seringkali didiskriminasi seperti gerakan pemisah di Filipina. Daripada ketiga-tiga bentuk ini, dapat dilihat bahawa apabila terdapat ketidak serasian antara pemerintah dengan sekelompok etnik majoriti, gerakan pemisahan mungkin tercetus. Hal ini disebabkan golongan tersebut melihat gerakan pemisahan adalah cara terbaik bagi memulangkan hak kepada mereka.

Faktor-Faktor Berlakunya Gerakan Pemisahan di Negara Sedang Membangun

Sebelum melihat kepada faktor mengapa berlakunya gerakan pemisahan, kita perlulah menyedari bahawa pokok permasalahan pemisahan ini adalah berasaskan perbezaan kaum itu sendiri. Negara-negara sedang membangun kebanyakan atau boleh dikatakan hampir semuanya mayarakat adalah bersifat Heterogeneous yang bermaksud mempunyai kepelbagaian kaum di dalam sesuatu masyarakat. Sebagai contoh, di Thailan terdapat bangsa utama iaitu Siam, Cina, Melayu,dan India, manakala di Indonesia pula terdapat lebih 300 etnik yang diantaranya adalah Jawa, Acheh, Timor, dan Minang. Perbezaaan ini bukan sahaja dari segi etnik, bahasa, agama, dan budaya, tetapi turut melibatkan agama dan juga mazhab seperti mana konflik Syiah-sunni yang berlaku di Timur Tengah, krisis Kristian-Muslim di Filipina (Maizatul 1999).

Kepelbagaian ini telah membawa kepada perbezaan etnik, budaya, agama, dan juga bahasa. Bermula dengan sifat yang taksub kepada bangsa sendiri, perasaan yang menggangap tiada bangsa lain yang lebih baik dari bangsa mereka telah membawa kepada krisis etnik yang seterusnya menyebabkan pemisahan berlaku kepada etnik yang lebih lemah. Walaupun berada dibawah negara yang sama, etnik-etnik seringkali bertelagah dan menjadi krisis yang lebih teruk. Etnik yang dominan selalunya menguasai kerajaan dan kelebihan ini membolehkan etnik tersebut menindas kelompok etnik yang lemah. Penindasan ini akan mengakibatkan kebangkitan dari kelompok tersebut. Oleh kerana tidak dapat bersaing dari segi jumlah dan politik, mereka melihat cara pemisahan ini dapat memberikan peluang untuk membebaskan diri dari penindasan tersebut.

Warisan Kolonial

Perang dunia pertama yang tamat pada 1920-an telah menyebabkan hampir 85% negara dunia berjaya dijajah oleh kuasa-kuasa besar barat. Kuasa barat ini pula banyak menjadikan agenda ekonomi sebagai matlamat mereka. Disebabkan kegiatan ekonomi tersebut, pihak kolonial telah banyak membawa masuk imigran-imigran dari negara luar untuk dijadikan buruh disektor-sektor perusahaan mereka. Kemasukan imigran dari pelbagai kawasan ini didapati telah menyelerakkann institusi asal sesuatu kawasan semasa penjajahan.

Keadaan ini didapati menjadi lebih teruk apabila negara tersebut mencapai kemerdekaan. Hal ini kerana semasa era penjajahan, keadaan etnik agak stabil. Namun kecelaruan mula timbul apabila negara jajahan merdeka dan memulakan pemerintahan sendiri. Kepelbagaian kaum yang ada telah menimbulkan masalah dalam pembentukan bangsa. Keadaan ini disebabkan kurang persediaan dan sikap lepas tangan pihak kolonial yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap masalah etnik tersebut. Oleh kerana penguasaan politik ditentukan berdasarkan sekumpulan etnik majoriti sahaja, keadaan inilah yang membawa masalah dalam penyertaan politik semua kaum. Apabila hanya sekelompok sahaja etnik menggubal dasar, maka kepentingan etnik lain akan terabai.

Walaupun pada dasarnya pihak kolonial tidak terlibat secara terangan dalam gerakan pemisahan, beberapa siri peristiwa yang berlaku telah menunjukkan kecenderungan puak pemisah meminta bantuan dari kolonial yang pernah menjajah dengan anggapan bantuan itu memang sepatutnya diberikan oleh pihak kolonial semasa memberi kemerdekaan kepada negara tersebut lagi. Mehden(1959) telah memberikan contoh penentangan orang Ambon di Indonesia kerana ada anggapan bahawa pihak Belanda bersekongkol dengan orang Ambon untuk dalam pemberontakan 1950. Manakala pihak Kurdish dan Armenia di Timur Tengah diberi layanan berasingan sejak berabab lamanya. Pihak Belgium pula telah menggalakkan pemisahan etnik oleh puak Katangan di Kongo manakala orang Inggeris memberi perhatian khusus kepada pergerakan orang Karen dan suku lain yang tinggal di kawasan pergunungan Myammar. Warisan ini sebenarnya telah membuatkan masalah etnik seolah-olah bom jangka yang akan meletup pada bila-bial masa(Maizatul 1999). Campur tangan dari pihak luar ini kadangkala dilihat sebagai faktor pendesak yang meningkatkan lagi peratus kejayaan puak pemisah kerana ada sokongan kuat di belakang mereka. Contoh yang jelas adalah kejayaan Timor Laste keluar dari Indonesia membentuk negara sendiri.

faktor agama atau perbezaan mazhab

Perbezaan pegangan agama atau pun agama sama tetapi berlainan mazhab memperlihatkan pola yang agak berlainan. Walaupun pengenalan agama berdasarkan etnik masih agak relevan digunakan, namun dalam kajian terhadap gerakan pemisahan, faktor agama kadangkala boleh menjadi sebab utama dan sebaliknya. Sebagi contoh, gerakan pemisahan yang berlaku di selatan Thailand, Filipina boleh dikatakan berpunca dari faktor agama, tetapi dilihat tidak dalam konteks kes di Indonesia. Gerakan di Indonesia lebih kepada pemisahan wilayah kerana inginkan pemerintahan sendiri.

Faktor keagamaan ini pada dasarnya tercetus apabila kelompok yang beragama tertentu mendapati adalah sukar bagi mereka untuk mengamalkan agama mereka dibawah kerajaan pemerintah. Manakala keistimewaan yang diberi kepada golongan yang seagama dengan pemerintah dilihat sebagai suatu ketidakadilan dan boleh menyebabkan agama mereka dilihat sebagai penghalang kepada kejayaan seseorang individu. Oleh itu wujud perasaan tidak puas hati dari golongan yang tertindas itu.Sebagai contoh, seseorang yang beragama Kristian di Filipina dilihat lebih berpeluang untuk berjaya berbanding seorang individu muslim walaupun kedua-duanya mempunyi keupayaan yang setanding. Hal ini menyebabkan timbul desakan untuk berpecah dengan kerajaan yang dilihat telah mendiskriminasi mereka. Faktor ini juga difahami sebagai masalah peminggiran yang wujud apabila terdapat perbezaan agama antara pihak kerajaan dan juga etnik tertentu. Keadaan ini juga boleh terjadi jika ia melibatkan agama yang sama tetapi berbeza mazhab. Agama yang menjadi kepercayaan seseorang atau sesuatu etnik itu dilihat sebagai unsur yang paling suci. Oleh itu timbul perasaan yang mengandaikan agama itu perlu dikembangkan atau paling tidak diteruskan dari masa ke semasa. Perasaan ini akhirnya bertukar menjadi persaingan bagi menentukan agama mana yang lebih benar.

Ketidakadilan kerajaan ini dalam mebahagikan layanan yang sepatutnya diberikan sam adil dan tidak melihat kepada latar agama telah memberikan implikasi besar. Perjuangan golongan agama ini mudah mendapat perhatian dari pihak luar memandangkan isu diskriminasi agama ini dilihat tidak sepatutnya berlaku. Sebagai contoh, masalah gerakan Intifada di Palestin mendapat perhatian serius dari umat Islam dan juga agama lain di seluruh dunia kerana beranggapan penduduk Palestin lebih berhak kepada wilayah mereka berbanding Rejim Zionis Israel. Contoh seperti ini juga dapat dilihat di Thailand yang menyaksikan umat Islam dibunuh dengan kejam oleh pihak Kerajaan hanya kerana menuntut hak yang sepatutnya mereka perolehi.

Perbezaan mazhab seperti yang berlaku di Afghanistan juga satu contoh bentuk pemisahan. Walaupun pada zahirnya kedua-dua kumpulan itu berasal dari etnik yang sama tetapi menganut fahaman yang berbeza iaitu di satu pihak Sunni manakala satu pihak lagi adalah Syiah. Konfli8k yang tercetus adalah disebabkan fahaman yang berbeza dan saling menganggap bahawa fahaman mereka adalah paling benar dan ortodoks. Keadaan ini sekaligus membawa kepada perpecahan walaupun berada di bumbung agama yang sama. Konflik yang melanda telah memakan banyak korban dan menyebabkan timbulnya kecelaruan yang berpanjangan. Waluapunterdapat usaha untuk membentuk perpaduan, kesulitan masih lagi dihadapi oleh pemerintah kerana kelompok-kelompok agama tertentu hanya mahukan pemimpin dari golongan mereka sahaja dan tidak menerima pemimpin jika bermazhab lain dari mereka. Keadaan ini menyebabkan pucuk pimpinan negara terpaksa ditentukan melalui kekuatan tentera kerana walaupun melalui pilihanraya, kelompok yang kalah bertanding tetap enggan untuk menerima pemimpin dari golongan lain yang dianggap sesat.

FAKTOR DISKRIMINASI KERAJAAN, PEMINGGIRAN ETNIK DAN KONFLIK SEDIA ADA.

Masalah peminggiran etnik masih lagi menjadi isu yang dilihat menjejaskan personaliti negara sedang membangun. Peminggiran ini dilakukan selalunya memberi isyarat bahawa kehadiran sesuatu etnik minoriti itu seolah-oloah tidak diperlukan dan hanya menambah beban kerajaan. Golongan yang selalunya menjadi mangsa peminggiran etnik selalunya terdiri daripada golongan minoriti dan juga golongan imigran disesebuah negara. Mereka selalunya mengalami penyisihan akibat dipinggirkan oleh kumpulan yang lebih dominan. Peminggiran ini pula boleh wujud dalam pelbagai bentuk medium.

Mengikut Fred.R.Von Der Mehden(1959), peminggiran ini boleh wujud dalam bentuk seperti geografi (Simamora 1987;45) yang bermaksud peminggiran sesuatu etnik di sesuatu kawasan tertentu. Ia selalunya melibatkan peminggiran sekelompok komuniti atau etnik di kawasan tertentu. Kawasan tersebut lazimnya mundur, kurang mempunyai aset bernilai, tiada kemudahan yang mencukupi berbanding kawasan lain yang dihuni etnik berbeza. Struktur geografi seperti jauh dari bandar pula dijadikan alasan untuk memingirkan etnik yang tinggal di tempat tersebut, tetapi tidak pula cuba untuk mengatasi halangan tersebut. Peminggiran bentuk ini selalunya terjadi kepada masyarakat yang tinggal di kawasan yang agak terpencil seperti dikawasan pedalaman dan juga kawasan pergunungan.faktor geografi dijadikan alasan bagi meminggirkan golongan ini tetapi tiada usaha untuk mengatasi masalah tersebut. Selalunya juga peminggiran ini dikaitkan dengan masyarakat asli dan juga peribumi yang mendiami kawasan yang jauh dari arus kemajuan. Peminggiran juga boleh wujud dalam bentuk ekonomi. Peminggiran bentuk ini lazimnya meninggalkan kesan yang besar kepada etnik yang dipinggirkan kerana apabila tiada peluang atau dasar yang memberi lebih bantuan berupa ransangan bagi memperkasakan kemajuan ekonomi sesuatu etnik, menimbulkan jurang utama yang akan semakin melemahkan keupayaan bersaing etnik tersebut kerana sentiasa ketinggalan dan tertindas dari segi ekonomi. Apabila suatu kaum menguasai lebih kek ekonomi, akan

menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan kaum lain kerana seringkali dinafikan hak mereka dalam mendapat pelbagai peluang, kebajikan, pekerjaan, kekayan negara, hak dan keadilan (Nidzam 1999;modul 9). Kesan serius dari peminggiran ini boleh dilihat apabila timbul pemberontakan dari golongan yang sekian lama tertindas. Peluang ekonomi tidak diwujudkan untuk sekelompok etnik, tetapi dalam masa yang sama dinikmati dengan mewah oleh etnik yang lain. Peluang pekerjaan tertutup kepada etnik tertentu. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan etnik yang dipinggirkan. Apabila timbul satu perasaan yang yang mengandaikan mereka dipinggirkan, golongan ini akan bangkit untuk menentang manakala pihak kerajaan akan menggunakan label pengganas bagi meneruskan peminggiran keatas etnik tersebut. Penyisihan ini menyebabkan kecenderungan melakukan gerakan pemisahan. Hal ini kerana secara dasarnya penduduk yang dipinggirkan akan merasakan tidak ada kepentingan lagi untuk terus bersama dengan pemerintah dan merasakan adalah lebih menguntungkan sekiranya dapat membentuk kerajaan sendiri. Contoh penduduk Acheh di Indonesia. Penduduk Acheh merasakan tidak ada gunanya mereka bernaung dengan pemerintahan Indonesia kerana dilihat lebih merugikan penduduk Acheh sendiri.

Bentuk peminggiran yang seterusnya dillihat dari aspek pendidikan. Peluang pendidikan adalah salah satu asset penting dalam memajukan semua aspek. Ketiadaan peluang pendidikan yang sewajarnya akan menyebabkan etnik tersebut tidak dapat mengikuti perkembangan arus semasa. Kerajaan yang sepatutnya menyalurkan peluang pendidikan secara adil kepada rakyat adalah kerajaan yang benar-benar ingin memajukan rakyatnya, namun masih berlaku peminggiran bentuk ini di negara sedang membangun. Peminggiran bentuk ini selalunya berlaku dengan tiada kemudahan pendidikan yang diberi secara jelas untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan sesuatu etnik yang dipinggirkan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan diskriminasi secara terangan keatas etnik tertentu iaitu jika melibatkan tempat yang terhad di sesuatu institusi, kelebihan akan diberikan kepada etnik yang lebih dominan tanpa alasan yang jelas. Manakala individu dari etnik yang dipinggirkan dinafikan hak untuk mendapat pendidikan walaupun mereka mempunyai kecerdasan yang lebih tinggi. Keadaan ini membayangkan betapa teruknya

penafian hak yang hanya disebabkan berasal dari etnik tertentu. Hak yang dinafikan ini adakalanya menimbulkan spekulasi bahawa pihak tertentu sengaja meminggirkan etnik tersebut bertujuan untuk menyebabkan etnik itu semakin mundur dan tidak berpengetahuan dan sekadar berpuas hati dengan apa yang telah ada. Dengan kesedaran dan pengetahuan pendidikan yang kurang, sudah semestinya etnik tersebut semakin lemah dan terus terpinggir.

Bentuk peminggiran yang seterusnya dilihat sebagai peminggiran dari segi politik. Sememangnya telah dimaklumi bahawa politik merupakan cara terbaik untuk memperolehi kuasa. Melalui politik, seseorang dapat menentukan kekuasaan seseorang. Peminggiran bentuk ini bermakna seseorang yang berasal dari etnik tertentu tidak boleh terlibat dalam politik negara tersebut hanya kerana faktor etnik. Masalah peminggiran bentuk ini berkait rapat dengan pemusatan kuasa oleh etnik tertentu. Dengan ertikata lain, peminggiran ini dilakukan dengan cara tidak memberi peluang penyertaan politik kepada etnik tertentu. Selalunya kelompok etnik etnik yang terpinggir ini terlepas peluang untuk bersama-sama menggubal dasar kerajaan. Dasar yang dibentuk pula sudah semestinya memberi lebih keuntungan kepada pihak yang menggubalnya. Keadaan ini memberi peluang kepada etnik tertentu untuk menjadikan dasar kerajaan sebagai senjata ampuh untuk terus menafikan hak etnik lain dalam politik. Selain dari itu, peminggiran ini dilihat sebagai cara terbaik untuk memutuskan terus kuasa etnik tersebut dalam negara. Tindakan seperti tidak memberi peluang penyertaan politik kepada etnik tertentu akan menafikan penyertaan politik etnik tersebut sekaligus menyebabkan etnik tersebut tiada saluran yang sah untuk menuntut hak mereka. Contoh peminggiran jenis ini dilihat seringkali berlaku di Afrika, Rwanda, Nigeria. Sikap Tribal (kesukuan) yang masih lagi kuat telah menyebabkan pemusatan kuasa politik dipegang oleh kaum tertentu sahaja (Nidzam 1999). Pengaruh berdasarkan kesukuan ini dilihat telah menyebabkan kegagalan untuk mencapai kesepakatan dan kuasa politik dimonopolli oleh kaum yang dominan sahaja.

Bentuk peminggiran yang terakhir yang disenaraikan disini adalah peminggiran secara kekerasan. Peminggiran ini juga dilihat sebagai menggunakan kuasa ketenteraan bagi meminggirkan etnik tertentu. Corak peminggiran ini adalah kejam kerana melibatkan penggunaan kuasa tentera dan juga mengakibatkan kehilangan nyawa. Peminggiran ini selalunya dikaitkan dengan sifat pemimpin yang memerintah. Pemimpin yang mengamalkan personalist dictatorship cenderung untuk melakukan kezaliman dengan tujuan tertentu. Bentuk pemerintahan seperti pemerintahan ketenteraan yang bersifat autoritarian yang diamalkan menyebabkan pemerintah mudah untuk menguasai sepenuhnya pemerintahan mengikut citarasa sendiri. Sekiranya wujud halangan, maka tindakan berbentuk paksaan juga akan diambil bagi mengatasinya. Keadaan peminggiran etnik akan berlaku sekiranya terdapat etnik yang tidak sehaluan dengan pemerintah. Oleh itu, pemerintah ini mengamalkan peminggiran sebagai hukuman keatas etnik tersebut. Contoh peminggiran bentuk ini adalah seperti yang berlaku di Iraq era pemerintahan Saddam iaitu kuasa ketenteraan digunakan bagi meminggirkan etnik puak Kurdishdan juga perampasan tanah orang Moro di Filipina.

Kesemua faktor ini dilihat sebagai punca utama berlakunya masalah gerakan pemisahan di Negara Sedang Membangun. Punca-punca ini mungkin boleh lebih dari satu faktor sahaja dan menjadikannya lebih rumit lagi. Boleh dikatakan bahawa semakin banyak faktor yang terlibat, maka semakin rumitlah konflik itu untuk diselesaikan. Konflik ini juga boleh menjadi bertambah serius jika ada campurtangan dan sokongan dari pihak luar.

KAJIAN KES; GERAKAN PEMISAHAN DISELATAN THAILAND

Gerakan pemisahan di SelatanThailan ini merupakan gerakan berasaskan etnik dan juga diselit faktor keagamaan. Hal ini disebabkan oleh perbezaan yang wujud adalah dari segi etnik dan agama itu telah menyebabkan berlaku penindasan terhadap masyarakat melayu di Selatan Thailand yang rata-ratanya beragama Islam. Kawasan selatan Thailand merukakan kawasan yang meliputi empat wilayah utama iaitu Satun, Pattani, Yala dan Naratiwat yang sebelum ini merupakan sebahagian dari Tanah Melayu berdasarkan sumber sejarah.

Keempat-empat wilayah ini telah diserahkan kepada Thailand oleh British mengikut perjanjian Bangkok pada tahun 1909. sistem unitari yang diamalkan di Thailand telah menyebabkan kemajuan hanya berpusat di bandaraya bangkok dan sekitarnya sahaja. Hal ini telah menyebabkan berlaku peminggiran serius terhadap orang-orang Melayu di selatan Thailand ini. Penduduk selatan Thai merana akibat ditindas dan kurang maju dari pelbagai aspek. Akibat dari sikap kerajaan Thailand yang dilihat tidak memperdulikan nasib penduduk di selatan Tahiland, beberapa kumpulan pemberontak telah muncul untuk melakukan gerakan pemisahan. Beberapa dasar kerajaan dilihat telah membelakangkan kepentingan mereka ini seperti dasar mensiamkan seluruh penduduk Thai di bawah dasar satu Thai(One Thai), akta Pendidikan Rendah secara paksa, dan dasar peluang pekerjaan berdasarkan agama dan etnik. Gerakan ini terdiri dari penduduk setempat dan turut mendapat perhatian serius masyarakat Islam diseluruh dunia yang simpati dengan nasib mereka.

Sejarah gerakan pemisahan di Selatan Thailand mula diperjuangkan secara serius pada tahun 1947 dengan tertubuhnya Gabungan Rakyat Pattani (GRP). Pergerakan ini telah ditubuhkan oleh Hji Sulong Abdul Kadir yang merupakan PresidenMajlis Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Pattani. Kredibiliti beliau sebagi Guru Agama telah membolehkan beliau mendapat sokongan meluas selain dari usul yang dicadangkan kepada kerajaan pusat mengenai plan dasar yang sepatutnya dinikmati di wilayah selatan pada 3 april 1947. Walaupun tiada perkembangan memberangsankan hasil usaha pergerakan ini telah memberikan isyarat bahawa kebangkitan sedang bermula.

Akibat gagal melaui proses cadangan yang dilihat masih lemah, taktik gerakan pemisahan ditukar kepada pertubuhan politik bagi mendapatkan lebih kuasa. Kemunculan GAMPAR atau Gabungan Melayu Pattani Raya yang ditubuhkan oleh Tengku Mahmud Mahayudin bertempat di Kelantan adalah bermatlamatkan penggabungan empat wilayah selatan Thai dengan Tanah Melayu. Hal ini adalah berdasarkan faktor sejarah iaitu selatan Thai adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Kegagalan GAMPAR telah menyebabkan muncul idea pemberontakan yang bermula apabila penubuhan BNNP iaitu Barisan Nasional Pembebasan Pattani pad 1957 yang diasaskan oleh Tungku Abdul Jalal Tengku Abdul Mutallib dengan sokongan gerila pimpinan Idris Bin Mat Diah atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh. Dengan kemunculan pertubuhan ini, gerakan yang lebih radikal mula dilakukan. selepas kematian Tengku Abdul Jalal pada1977, Badri Hamdan dilantik untuk meneruskan perjuangan BNPP.

Perjuangan pembebasan empat wilayah ini telah mendapat kerjasam dari luar bermula dengan penubuhan BRN atau Barisan Revolusi Nasional. Motif utama penubuhan BRN adalah untuk menubuhkan Republik Islam yang merangkumi wilayah Pattani, Songkhla, Satun, Yala dan juga Narathiwat melalui cara revolusi. Pertubuhan yang dimulakan oleh Dr. Haji Harun Sulong, Abd Karim Hassan, Tengku Jalal Nasir, Yusof Chapakiya, dan Amin Tohmeena dibentuk pada 1963 turut mendapat kerjasam dari luar. Antara pertubuhan yang mempunyai rangkaian dengan BRN adalah Algerian National Liberation Front (FLN), dan Palestine Liberation Organitation malah pernah bekerjasam dengan kerajaan Malaysia membanteras Komunis di Sempadan Thailand-Malaysia. Antara bentuk sumber kewangan pergerakan ini adalah dari sumbangan individu dan juga pemerasan wang tebusan.

Pergerakan PULO atau Pattani United Liberation Organitation yang ditubuhkan berdasarkan prinsip UBANGTAPEKEMA iaitu demi memperjuangkan ugama, bangsa, Tanah Air Identiti Nasional dan juga Kemanusiaan. Pertubuhan ini dibentuk pada Januari 1967 adalah merupakan pertubuhan paling tersusun ditubuhkan kerana mempunyai badan agung yang tersendiri seperti Jawatankuasa Pusat atau Majlis Tertinggi, dan diikuti Setiausah Agung. Di bawah jawatankuasa tersebut wujud pula setiausaha lain, jawatankuasa wilayah, Daerah dan Mukim dan juga Badan Luar Negeri. Badan lain seperti pasukan bersenjata, dan juga keselamatan turut ditubuhkan termasuk unit risikan, politik dan juga ekonomi. Matlamat pertubuhan ini adalah sama iaitu membentuk wilayah autonomi di selatan Thai dengan berlandaskan agama Islam. Organisasi ini mempunyai ibu pejabat di Mekkah, Syria dan juga Kelantan serta turut mempunyai rangkaian luar seperti GAM, MILF dan juga ABU SAYYAF, serta Hizbollah. Pertubuhan ini mempunyai tentera sendiri iaitu PULA atau Pattani United Liberation Army yang pernah membabitkan hampir 20 ribu tentera dibahagi kepada empat batolion yang sebahagiannya dilatih di Syria. Manakala kelengkapan persenjataan mereka yang banyak diperolehi dari rampasan dan juga penyeludupan dari Kemboja, Filipina, Myammar, Indonesia, dan juga Asia Selatan. Kelengkapan yang ada membolehkan mereka melakukan siri seranag seperti pengeboman, sabotaj dan juga serangan gerila.

Selain dari itu, terdapat juga pertubuhan lain yang mempunyai matlamat yang sama dengan kumpulan pemisah yang lain, pertubuhan ini terdiri daripada New PULO (1995) yang berasaskan PULO tetapi berpecah kepada pertubuhan yang lebih radikal pimpinan Dr Arong Muleng dan Haji Abdul Rahman. Manakala PUSAKA yang ditubuhkan pada 22 September 1994 di Tanjung Mas, Narathiwat oleh Najmudin Umar lebih kepada persatuan bercorak kebajikan. Pendekatan yang digunakan adalah mempengaruhi pemikiran kanak-kanak Islam agar memahami perjuangan mereka dan menolak dasar One Thai Kerajaan Thailand. Pertubuhan ini mempunyai latar yang agak bersih dan bergiat aktif dalam pendidikan di Selatan Thai.

Sebagai konklusinya, perjuangan menuntu pembebasan wilayah di Selatan Thai sebenarnya adalah hasil tindakbalas dari perjanjian yang melibatkan pihak Inggeris dan juga kerajaan Thai. Kegagalan pihak Thai menjalankan pemerintahan secara adil disamping pengenalan dasar-dasar yang dilihat membangkitkan kebencian masyarakat Melayu di Selatan Thai telah membawa kepada gerakan pemisah. Konflik yang membabitkan empat wilayah utama di Selatan Thai iaitu Satun, Narathiwat, Yala dan juga Pattani telah membawa kepada tertubuhnya gerakan pemisahan. Pembebasan ini juga mengaitkan faktor sejarah sebagai dalil untuk meeka berpecah dari Thailand dan menunjukkan minat untuk bersekutu dengan Malaysia. Walaupun pergerakan ini pada awalnya bergerak dengan aman, tuntutan mereka tidak dilayan oleh pemerintah dan keadaan ini telah menyebabkan mereka menukar corak perjuangan mereka menjadi lebih radikal. Pergerakan ini juga dilihat mendapat sokongan dari pihak luar dengan bantuan dan inspirasi dari timur tengah.